dipetik dari website BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=303204
17 Disember, 2007 21:50 PM
Muslim Aid Rayu Umat Islam Malaysia Bantu Mangsa Kebuluran
Pengurus Dana dan Pemasaran Muslim Aid Asia, Muhammad Kamarulazizi berkata badan itu menawarkan satu bahagian korban biri-biri yang dibeli dari Australia pada harga RM350 kepada mereka yang berminat sebelum tarikh tutup Rabu ini (19 Disember).
"Rangkaian Muslim Aid di seluruh dunia telah melaksanakan program Qurban For Life (Q4L) sejak 18 tahun lalu dan pengagihannya dihantar hampir ke seluruh dunia Islam yang mengalami kemusnahan sama ada bencana alam mahupun peperangan dan penderitaan seperti di Afghanistan, Afrika, Indonesia, Iraq, Kashmir dan Palestin dan juga rakyat termiskin di Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Menurutnya Muslim Aid mempunyai pejabat di Malaysia, Australia, United Kingdom dan Jerman serta pejabat cawangan di seluruh dunia Islam yang menderita kebuluran.
Umat Islam Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 20 Disember ini.
Muhammad berkata pada musim korban yang lepas melalui sumbangan umat Islam antarabangsa, pihaknya telah menyalurkan bantuan berjumlah RM4.22 juta yang antaranya berbentuk daging korban kepada kira-kira 500,000 mangsa kebuluran di seluruh dunia.
Katanya daging korban itu akan ditinkan dahulu bagi memudahkan penyaluran dan penghantaran.
"Cara ini juga dapat memastikan bekalan makanan ini sentiasa ada dan boleh dinikmati pada bila-bila masa," katanya.
Menurutnya di Malaysia, proses memasak dan pengetinan dilakukan di kilang Pertima di Terengganu manakala penyembelihan dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Muhammad berkata tahun depan, pihaknya merancang memperhebatkan program Muslim Aid di Malaysia bagi tujuan mengumpul dana dengan kerjasama persatuan-persatuan dan kelab-kelab di universiti tempatan dan pihak swasta.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Muslim Aid melalui talian 03-22881996/03-22821996 atau e-mel kepada mail@muslimaidasia.com.
-- BERNAMA
Sebenarnya, penyembelihan dilakukan di Australia, di ladang Muslim Aid sendiri. Dan tempat penyembelihan itu dah diluluskan oleh JAKIM.
-Muhammad-

























0 comments:
Post a Comment