More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

Majlis Berbuka Puasa di Rumah Budi Yan Kedah anjuran FMDC


Alhamdulillah, pada 26 September 2008, pihak Fotopages Malaysia Digital Community (FMDC) telah menganjurkan Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Rumah Budi di Yan Kedah. Pihak Muslim Aid Asia juga telah dijemput untuk bersama-sama menyampaikan sumbangan untuk rumah tersebut.

Walaupun pada awal perancangan, terdapat sedikit kesulitan, namun hal ini tidak mematahkan semangat team FMDC untuk melaksanakan program iftar ini. Dalam masa 2 minggu, mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM6000 untuk disumbangkan kepada pengurusan anak-anak yatim ini. Sumbangan telah diberikan dalam bentuk bahan mentah serta keperluan asas. Pihak Muslim Aid Asia pula juga telah menyumbang bahan-bahan dapur seperti beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Daging tin qurban juga telah disampaikan kepada Setiausaha Rumah Budi iaitu Tn Hj Hashim.

Penghargaan buat FMDC dari Muslim Aid Asia

Penghargaan dari pihak Rumah Budi

Pihak Muslim Aid Asia merakamkan ucapan tahniah kepada team FMDC yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program amal ini. InsyaAllah lebih banyak program amal bersama Muslim Aid Asia dan FMDC dapat dirancang di masa hadapan.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

0 comments:

Post a Comment



 

View My Stats

Free PageRank Display