More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

Sumbangan untuk Rumah Amal Kasih Bestari


Tarikh: 23 September 2008

Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai, Muslim Aid Asia dapat menghantar sumbangan bahan mentah kepada Rumah Amal Kasih Bestari ini. Berikut adalah butiran mengenai rumah kebajikan ini

Pengetua: Ustaz Hamzah 0162516515
Jumlah pelajar: 30 orang
Alamat: No 1 Jalan Nova, U5/82 Subang Bestari

anak-anak yatim bersama tin qurban Muslim Aid Asia

bersama mereka

Qurban 4 Life!



Barang yang disumbang (atas nasihat Ustaz Hamzah)
Tepung Gandum - 48 paket
Minyak Masak 5kg - 4 botol
Tin Sardin - 10 tin
Cili Kering - 1 Guni

Daging Qurban juga telah diagihkan kepada anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari ini:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-

Muslim Aid Asia

1 comments:

  1. rkh said...
     

    Assalammualaikum wrt.wbt.

    Rumah amal ini amat memerlukan sumbangan Tuan/puan bukan sahaja bagi menampung perbelanjaaan untuk menyara anak yatim dan anak-anak golongan Asnaf Zakat yang bernaung di bawah YKPPM.
    Malah kami juga memerlukan sumbangan Tuan/Puan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran dan rekriasi untuk anak-anak yang kurang bernasib baik ini.

    UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI: www.rumahamal.org

    Wassalam.

Post a Comment



 

View My Stats

Free PageRank Display