Alhamdulillah, hasil sumbangan dari orang ramai di Malaysia dan seluruh dunia, Muslim Aid berjaya menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Taufan Nargis di Myanmar. Bantuan diberikan dalam bentuk sistem pembersihan air (Water Purification System) yang mampu menghasilkan lebih kurang 30L air bersih dalam masa seminit, tablet-tablet air, ubat-ubatan seperti ors, makanan dan utensils.

Sistem Pembersihan Air yang sedang digunakan
latihan diberikan kepada orang ramai tentang cara menggunakan sistem pembersihan airMuslim Aid juga bekerjasama dengan lagi sebuah NGO tempatan Myanmar iaitu CMRF (Cholia Muslim Religious Fund Trust). Bersama CMRF, 500 bungkusan makanan dan utensils dapat disalurkan kepada mangsa Nargis.
InsyaAllah, Muslim Aid akan terus membantu mangsa-mangsa Nargis di Myanmar. Bentuk sumbangan yang akan dihantar dari Malaysia, ialah berbentuk garam ORS, yang digunakan untuk mangsa-mangsa yang mengalami keracunan makanan, cirit-birit dan muntah. Sumbangan boleh disalurkan melalui Muslim Aid Asia samada dalam bentuk paket ORS atau dalam bentuk wang tunai dan cek. Pada yang ingin menyumbang, boleh terus hubungi pejabat Muslim Aid Asia di talian 03-22881996.
-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia
p/s gambar lagi di sini










































