Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...
Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...
Alhamdulillah majlis perkahwinan saya telah selamat dijalankan di Melaka dan Pulau Pinang. Antara yang menarik semasa majlis ini ialah door gift, atau biasanya tuan rumah pengantin akan memberikan bunga telur sebagai hadiah kepada pengunjung majlis. Tapi untuk majlis perkahwinan saya, saya memilih untuk memberi door gift yang agak berbeza. Saudara-mara saya dari Perak dan Negeri Sembilan telah menaja beberapa door gift yang amat bermakna seperti, labu sayung kecil, pot pouri, kerepek, dan bahulu ikan. Tapi yang paling unik sekali ialah door gift hasil idea Kak Habsah dari Muslim Aid Asia.
kad Gift for Life direka khas dari Muslim Aid Asia
Trend door gift yang terkini
Dengan kos tidak sampai RM600, saya dan pengantin perempuan dapat menyumbang sebuah perigi untuk fakir miskin di Bangladesh melalui program Gift for Life anjuran Muslim Aid Asia. Dan perigi yang disumbangkan ini diniatkan buat pengunjung-pengunjung yang hadir di majlis perkahwinan saya di Pulau Pinang. Lebih kurang 500 keping kad telah dicetak sebagai tanda penghargaan buat pengunjung semua.
Trend door gift yang baru ini mendapat sambutan menggalakkan, selepas beberapa rakan-rakan dan pengunjung telah menghubungi saya tentang program Gift for Life ini. InsyaAllah selepas ini, lebih ramai dapat menghasilkan door gift yang lebih bermakna, disamping kita juga dapat membantu mereka yang amat memerlukan diluar sana.
Pada yang berminat untuk door gift Gift for Life ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 (Muhammad).
p/s bila perkahwinan sudah berlangsung, jangan lupa untuk mendapatkan pelan perlindungan sekeluarga. Klik di sini untuk info lanjut.
Dalam suasana raya ini, Muslim Aid Asia telah mengadakan 'open house' secara kecil-kecilan di pejabat Muslim Aid Asia. Saya juga sempat datang, walaupun jari masih merah lagi:) Open house Muslim Aid Asia telah dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak ASDAF, sukarelawan Muslim Aid Asia, sahabat-sahabat dari Yayasan Salam dan ramai lagi.
Makan dulu sebelum peperiksaan akhir tahun
-Muhammad bin Kamarulazizi- Off day lagi...huhu...
Semalam (14 Oktober 08) saya berkesempatan untuk ziarah sebuah lagi rumah Anak Yatim Pelarian Rohingya di Selayang iaitu Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran. Terima kasih kepada salah seorang sukarelawan kita yang telah memperkenalkan rumah ini kepada Muslim Aid Asia. Rumah anak yatim ini telah ditubuhkan dua tahun lepas oleh pengetuanya Ustaz Arif. Rumah ini menghadapi masalah yang sama dengan Rumah Anak Yatim Rohingya Hashimiah yang terletak seberang jalan sahaja dimana rumah ini tidak diregister kerana kesulitan atas status pelarian UNHCR.
anak-anak Darul Aitam
kelas belajar
Berikut adalah butiran mengenai Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran
Jumlah anak2 - 35 orang (semua lelaki)Umur - 7 tahun - 15 tahunAnggaran Pembelanjaan sebulan - RM6000Nama Pengetua - Ustaz Arif (016-6171484)Jumlah pekerja sepenuh masa - 2 orang termasuk pengetua
Rumah Darul Aitam ini hanya mengharap bantuan dari sumbangan individu. Mereka tidak berpeluang untuk menerima bantuan dari Baitulmal atau pusat zakat kerana tidak diregister. Pada yang ingin menyumbang, boleh bank in terus ke akaun Ustaz Arif di 162553056532 (Maybank) atas nama Htay Paing @ Arif.
alamatnya Rumah Anak Yatim Darul Aitam Tahfiz Quran No 1, Jalan 16/2A, Taman Wilayah, Selayang Kuala Lumpur
kelas tahfiz
dapur (diluar rumah)
Tempat mandi (diluar rumah)
Pengetua, Ust Arif
p/s hampir kesemua anak-anak Darul Aitam ini boleh berbahasa Melayu:)
Sebenarnya bukanlah detik-detik akhir selamanya bersama anak-anak ASDAF. Tapi detik terakhir sebagai seorang bujang bersama anak-anak ASDAF. Jumaat lepas saya berkesempatan untuk melawat anak-anak ASDAF. Tak sangka mereka juga menghitung hari bagi saya yang bakal mendirikan rumah tangga 17hb Oktober ini.
Kadang kala sayu bila ada anak ASDAF ini bertanya, "lepas abg dah kahwin, abg akan datang ASDAF lagi ke?" Saya hanya mampu kata insyaAllah. Sebelum ini, saya tidak risau untuk pulang lewat malam semata-mata untuk bersama dengan anak-anak ini, kerana tiada orang pun di rumah melainkan saya sendiri. Tetapi apabila sudah berkeluarga nanti, sudah pasti ada insan yang menjadi teman hidup akan menunggu kepulangan saya dari kerja. Oleh itu, saya tidak bolehlah untuk selalu pulang lewat. Mungkin saya akan cuba agihkan masa bersama keluarga dan anak-anak yatim ini.
bersama sayur kailan dan bayam yang dipetik dari Kitchen Garden
anak-anak ASDAF
Tinggal kurang dari seminggu lagi dari tarikh 'besar' saya. InsyaAllah anak-anak ASDAF akan datang ke kenduri majlis perkahwinan saya di Masjid Tanah Melaka. Pada pembaca blog saya, jemput sekali datang ke majlis perkahwinan saya di Melaka atau di Pulau Pinang. Anda boleh lihat kad jemputan saya di sini.
Tarikh: 9 Oktober 2008 Lokasi: Flat Sri Pahang, Bangsar
Hari ini kami berpeluang untuk menghantar sumbangan daging qurban dan bahan mentah untuk keluarga Encik Fadil di Flat Sri Pahang. Info tentang kelaurga ini telah kami terima dari salah seorang sukarelawan Muslim Aid Asia, saudara Nizam. Setelah menerima info tentang keluarga ini, kami terus menerima sumbangan untuk disalurkan kepada keluarga Encik Fadil ini.
Berikut adalah info tentang keluarga Encik Fadil
Bilangan Ahli Keluarga: 4 orang ( Encik Fadil, isteri dan dua orang anak, 2 dan 3 tahun) Info Keluarga: Encik Fadil dan isteri merupakan OKU penglihatan, dimana penglihatan mereka kurang dari 10%. Dua orang anak mereka juga menghadapi masalah penglihatan. Pekerjaan Encik Fadil: Buat masa ini tiada, kerana mereka berhenti berniaga gula-gula dan cokelat di kawasan LRT Bangsar semasa bulan Ramadhan. No Tel: 017-3344561
Saya agak kagum dengan semangat Encik Fadil yang ingin keluar dari kepompong kemiskinan. Walaupun keadaannya yang mempunyai masalah penglihatan, beliau masih berusaha untuk mencari jalan untuk menaikkan taraf keluarga. Encik Fadil amat berminat untuk berniaga, dan kini sedang berusaha untuk mendapat tapak berniaga di sekitar KL. Selain dari itu, beliau juga mempunyai kemahiran untuk format komputer. Beliau bercita-cita untuk mendapatkan sijil dalam bidang IT.
Amir bersama Nurul Ain ( 3tahun) dan Mohd Firdaus (2tahun)
Encik Fadil bersama sumbangan daging qurban
InsyaAllah pihak Muslim Aid Asia akan cuba mendapatkan bantuan daripada pihak zakat supaya dapat membantu keluarga Encik Fadil untuk memulakan bisnes baru. Pada yang mempunyai idea untuk membantu keluarga Encik Fadil, boleh hubungi kami terus di 03-2288 1996
-Muhammad bin Kamarulazizi- Pengurus Dana dan Pemasaran Muslim Aid Asia
Tarikh: 5 Oktober 2008 Lokasi: Sg Nibong, Pulau Pinang
Alhamdulillah, dalam kesibukan raya ini, saya bersama rakan-rakan saya di Pulau Pinang yang juga sukarelawan Muslim Aid Asia telah menyampaikan bantuan untuk sebuah keluarga miskin yang juga mangsa banjir baru-baru ini.
Kami bermula jam 12 tengahari di Taman Pekaka, berkumpul di rumah kawan saya Hadi. Hadi dan abangnya Zali serta Tariq dan seorang lagi kawan dari UIA, Nazim. Setelah mendapat info tentang keluarga tersebut, kami terus ke Tesco Extra Taman Pekaka untuk membeli keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung, gula, garam, milo, susu pekat dan tin sardin.
shopping di Tesco Extra Taman Pekaka
di hadapan rumah MakPiah
Tariq bersama MakPiah dan anaknya
salah seorang anak MakPiah
Selepas solat zohor dan makan tengahari di rumah saya, kami terus ke rumah keluarga tersebut di Sungai Nibong. Berikut adalah butiran tentang keluarga tersebut
Ahli keluarga: Ibu tunggal dan dua orang anak istimewa Nama Ibu: Mak Piah (perlu confirm balik) Pekerjaan ibu: Tiada, kerana perlu menjaga dua orang anaknya Alamat: Rumah putih berhadapan dengan Rumah Orang Tua Jublee, Sg Nibong, Pulau Pinang
Kami tiba dalam jam 2 petang. Tanpa melengahkan masa, kami perkenalkan diri dan terus sampaikan sumbangan untuk keluarga MakPiah ini. Barang-barang keperluan, tin daging qurban (Q4L) dan sedikit sumbangan wang telah diberikan kepada keluarga tersebut.
Walaupun hanya satu rumah sahaja yang dapat diberi sumbangan, tapi raya kali ini amat bermakna buat kami semua. Terima kasih bebanyak kepada mereka yang telah menyumbang. Semoga Muslim Aid Asia akan menjadi plateform untuk orang ramai menyumbang, dan sumbangan anda akan terus kepada mereka yang memerlukan, insyaAllah.
24&25 Mac 2012 - Pertandingan Futsal Amal (Pusat Sukan UITM Shah Alam)
5 May 2012 - Walk For Charity (Taman Metropolitan, Kepong)
Setiap Sabtu, 5pm dan Ahad 7am - Latihan futsal bersama pelarian Rohingya (Pulau Pinang)
Setiap Selasa, Rabu, Khamis - Kelas Komputer untuk anak yatim dan miskin (Selayang)
Pada sukarelawan atau individu yang berminat utk menyertai atau menyumbangkan idea, latihan praktikal/industri (internship) boleh hubungi saya terus di 012-3377195 atau email di muhammad@muslimaid.org.my (Muhammad)