Monday, February 09, 2009
Muhammad
Tarikh: 8 Feb 2009Program: Program Belia Bersama RD ClubLokasi: Taman Tasik TitiwangsaMasa: 10am-3pmAlhamdulillah, semalam dua event selesai dalam satu hari. Pada paginya, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
(YKMAM) telah dijemput untuk program belia bersama dengan
RD Club di Taman Tasik Titiwangsa.
YKMAM berpeluang untuk berkongsi tentang situasi di Gaza bersama pengunjung-pengunjung di program belia tersebut. Pihak
YKMAM mengucapkan terima kasih kepada team
RD Club kerana telah menjemput
YKMAM untuk program bersama belia ini.
Tarikh: 8 Feb 2009Program: Majlis Makan Malam Amal PERKIM CFS UIA PJ. Lokasi: UIA CFS Petaling Jaya Masa: 9pm-11pmPada sebelah malam pula,
YKMAM pula telah dijemput untuk Majlis Makan Malam Amal anjuran PERKIM CFS UIA di PJ. Majlis Makan Malam Amal ini merupakan program penutup bagi Bulan Amal PERKIM 2009. Yang menarik, terdapat bidaan untuk barang komputer dari thumb drive hingga ke laptop. Pembelian melalui bidaan ini akan terus disalurkan ke Gaza melalui
YKMAM. Tahniah kepada pelajar-pelajar PERKIM CFS kerana berjaya menganjurkan program amal sebegini.
Muhammad bin KamarulaziziYayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia