Malay-English

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Friday, February 5, 2010

Sumbangan Food Aid untuk Warga Rohingya


Alhamdulillah, pihak Muslim Aid telah menyumbangkan food aid kepada anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya di Selayang. Sumbangan food aid yang telah diberikan seperti beras, minyak masak, susu tepung, susu tin, bawang dan pelbagai lagi. Ustaz Hashim yang juga pengetua Madrasah Hashimiah mengucapkan terima kasih kepada penderma Muslim Aid dari Arab Saudi yang bermurah hati menyumbangkan sumbangan bantuan makanan ini kepada mereka.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...