
Lokasi: Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Tarikh: 4 September 2010
Masa: 4.45 petang
Program: Pengagihan food aid kepada golongan pengemis dan fakir miskin sekitar Pulau Pinang
Alhamdulillah, program Pengagihan
Food Aid Kepada Golongan Pengemis dan Fakir Miskin di Sekitar Pulau Pinang berjalan dengan lancar. Program bermula jam 4.45 petang di Masjid Kapitan Keling dengan kehadiran 5 orang sukarelawan
Muslim Aid yang semuanya dari golongan sukarelawan dan seorang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hampir 150 tin
Qurban For Life diagihkan beserta dengan 100 buah buku roti benggali diagihkan kepada hampir 150 orang golongan pengemis dan fakir miskin di situ.
Assessment yang dilakukan sebelum ini mendapati kebanyakan pengemis dan fakir miskin dari kalangan orang-orang tempatan serta pelarian akan sentiasa berlegar di perkarangan Masjid Kapitan Keling untuk mengharap simpati orang ramai. Tidak sampai 15 minit kesemua
food aid sudah habis diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
pasukan sukarelawan Muslim Aid bersedia dengan kotak daging qurban dan roti benggali
pengagihan dilakukan untuk mereka yang memerlukan
salah seorang pengemis di Masjid Kapitan Keling
food aid diagihkan kepada hampir 150 orang yang memerlukan
semuanya habis!
bergambar di Masjid Kapitan Keling dahulu sebelum pulang
Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang melalui
Muslim Aid terutama pada bulan Ramadhan ini dan juga ketika musim
Qurban Eidiladha. Semoga dengan sumbangan anda semua, maka lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu dan moga usaha ini mendapat keberkatan dariNya.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment