Malay-English

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Monday, August 22, 2011

Fast 2 Feed di Gelugor Pulau Pinang


Lokasi: Dewan JKKK, Sungai Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh: 20 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 80 Keluarga fakir miskin

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed di Gelugor Pulau Pinang selesai dengan jayanya. Program F2F kali ini juga telah mendapat tajaan dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang yang telah memberikan bantuan makanan kering untuk setiap wakil keluarga fakir dan miskin. Pihak JKKK Sungai Gelugor juga telah memberi sumbangan dalam bentuk duit raya kepada semua yang diraikan.


mengambil makanan untuk berbuka

sumbangan bantuan makanan dan duit raya

mereka yang diraikan yang telah hadir

bersama wakil dari JKKK Sg Gelugor

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menyumbang bagi program Fast 2 Feed di Gelugor ini. Moga diberkati olehNya selalu. InsyaAllah program F2F seterusnya akan ke Simpang Empat, Perlis dengan meraikan 50 buah keluarga fakir dan miskin.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...