Malay-English

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Friday, January 13, 2012

Kelas Preschool untuk Warga Komuniti Pelarian Somalia


Alhamdulillah, hujung tahun 2011, team Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) bersama pelajar-pelajar Kejuruteraan Kimia, UITM Shah Alam telah bersama menghias sebuah bilik di sekolah komuniti Somalia untuk dijadikan bilik preschool. Puan Miradatul Najwa yang merupakan pensyarah dari UITM ini telah mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan bersama pelajar-pelajarnya.

Program yang telah dirancang selama sebulan telah melibatkan aktiviti mendapatkan dana serta peralatan bagi menyediakan preschool untuk anak-anak pelarian Somalia di Gombak. Persiapan rapi telah dirancang bersama dengan Muslim Aid bagi memastikan semua peralatan mencukupi.

bilik preschool yang telah siap


anak-anak pelarian Somalia yang gembira bersama bilik preschool yang baru

Sekolah pelarian Somalia ini menempatkan lebih kurang 40 orang pelajar dan 8 daripada mereka merupakan kanak-kanak berumur antara 4 hingga 7 tahun. Disebabkan meja dan kerusi yang sedia ada tidak sesuai bagi kanak-kanak ini, maka sebuah bilik preschool diperlukan bagi memudahkan pembelajaran mereka.

pelajar-pelajar memasang perabut

mengecat bilik preschool



pelajar-pelajar bersama anak-anak Somalia

Pejabat Muslim Aid mengucapkan tahniah kepada fakulti Kejuruteraan Kimia UITM Shah Alam kerana telah bersama dalam menghias kelas preschool ini dan berharap lebih banyak program dapat dilakukan bersama lagi, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...