About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Sunday, June 29, 2014

Pengalaman Sebagai Seorang Gelandangan


Photoshoot bermula dengan dengan watak pengemis, juga seorang gelandangan, wanita bekerjaya, belia yang ceria, kanak-kanak yang baik hati dan juga OKU di Wangsa Maju. Projek Photoshoot atau Projek Peduli ini merupakan satu inisiatif Kindness Dot My (Kindness) untuk mendapatkan gambar yang sesuai bagi tujuan promosi di masa akan datang. Saya sendiri memilih watak untuk menjadi seorang pengemis yang tidur di tepi jalan. Setiap gambar diambil memerlukan penghayatan, dan saya sedaya upaya menyelami watak yang dibawa agar dapat menghasilkan gambar yang terbaik.

pengemis yang juga sebahagian daripada masyarakat

watak bantu OKU melintas jalan

Muka saya disolek untuk mendapatkan feel sebagai seorang pengemis, tangan dan kaki pula disapu dengan kotoran minyak dari celah rim dan tayar kereta supaya nampak comot dan kotor. Shooting mengambil masa lebih tiga jam dan terima kasih kepada dua orang sahabat yang secara sukarelawan menjadi photographer dan sukarelawan lain yang menjadi talent untuk image bank ini.

watak orang biasa bersama tukang sapu

kanak-kanak yang menyumbang kepada pengemis

Shooting selesai jam 12 tengahari, dan sebahagian daripada kami ke kedai mamak untuk minum dan berbincang bagi projek TajaMereka dan projek-projek lain di bulan Ramadhan. Saya mula perasan orang ramai memandang saya, dan apabila saya pandang kepada mereka kembali, mereka terus alihkan pandangan mereka. Dan ada yang mula berbisik. "Make up" saya masih ada, seluar masih dilipat dan saya dapat rasakan bagaimana orang ramai memandang dengan pandangan jijik, seolah-olah saya tidak wujud. Ada couple di sebelah meja saya pun langsung tidak pandang ke arah meja saya. Anak mata seperti melihat ke arah saya, tetapi kewujudan saya seperti "invisible".

lega dapat air fresh oren
Saya duduk dan tunggu untuk waiter ambilkan order. Hampir dua puluh minit saya tunggu, dan cuba panggil waiter untuk ambilkan order saya, tetapi tiada siapa yang mahu datang. Saya rasa agak terkilan dengan sikap waiter, seolah-olah saya ini sampah masyarakat yang tidak punya wang untuk bayar makanan sendiri. Saya terpaksa ketuk meja dan dan naikkan suara, kemudian mamak (rasanya tauke kedai) datang untuk ambil order. Saya terus order fresh oren dan mamak itu memandang seperti berkata (boleh ke dia bayar nih?). Saya tidak peduli dan terus minum kerana saya dah cukup dahaga ketika itu.

Pengalaman singkat ini sudah cukup buat saya sangat terkesan. Jelingan orang ramai, layanan yang diterima ini pun sudah buatkan saya terfikir bagaimana pula keadaan pengemis atau warga gelandangan yang hari-hari hidup dalam keadaan sedemikian. Pengalaman fitting into other's shoes ini sememangnya membuatkan ego saya menyembah bumi. InsyaAllah pengalaman ini akan menjadi inspirasi kepada saya dan rakan-rakan semua untuk terus kreatif dengan idea untuk melakukan kebaikan tidak kira masa, tempat atau pada sesiapa pun.

Akhir sekali, saya ingin ucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia dan juga kepada non Muslim yang ingin cuba berpuasa bersama :)

Dari Semua Untuk Semua,

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...