About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, May 25, 2015

10 Sumbangan Untuk Rumah Anak Yatim Selain Daripada Beras



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh setiap Muslim seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan dan boleh dikatakan hampir semua orang mencari peluang untuk melakukan amal ibadah untuk menggandakan pahala masing-masing. Tidak kurang dari itu, rumah-rumah kebajikan dan anak yatim turut menjadi tempat popular untuk dikunjungi serta menerima sumbangan.

Antara sumbangan yang sangat popular untuk disampaikan kepada rumah anak yatim ialah beras. Beras merupakan bahan asas yang juga makanan ruji masyarakat Malaysia dan setiap hari dimasak di rumah anak yatim. Populariti sumbangan beras ini meningkat apabila orang ramai lebih gemar menggunakannya untuk membayar fidyah. Fidyah bagi tahun  2015 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah RM1.80 bagi secupak beras (675 gram).

Sumbangan beras yang terlalu banyak adakala menyulitkan rumah-rumah kebajikan. Ada pernah satu kes dimana sumbangan beras ini sudah sampai ke siling, terlalu banyak! Masalah menjadi lebih rumit apabila beras sumbangan telah dijangkiti dengan kutu beras. Satu kampit beras yang terkena kutu beras ini akan menjangkit pek-pek beras yang lain dengan begitu cepat sekali. Bukan untuk tidak menggalakkan sumbangan beras, tetapi sekiranya ada pilihan lain, boleh juga sumbangan makanan yang selain daripada beras.

Antara sumbangan makanan atau barangan yang kurang popular tetapi amat diperlukan oleh rumah-rumah kebajikan adalah seperti berikut:

1- Minyak masak - setiap hari digunakan dan boleh tahan lama.
2- Biskut  - biasanya diberi kepada penghuni rumah kebajikan ketika minum petang dan minum malam selepas prep. Boleh berikan biskut dalam tin besar. Masa akan datang boleh ambil dan isi semula.
3- Ayam dan daging mentah - jumlah yang diperlukan bergantung kepada jumlah penghuni. Biasanya antara 200 - 300kg sebulan untuk 50 orang anak yatim. Biasanya rumah kebajikan akan mempunyai peti ais yang besar. Bagi rumah kebajikan yang belum ada, bolehlah sumbangkan peti ais besar kepada mereka.
4- Telur - Boleh tahan seminggu.
5- Vitamin C - sebotol biasanya boleh tahan sehari. Lebih banyak vitamin C lebih bagus. Boleh juga ganti dengan supplemen lain seperti habatusauda atau madu stick.
6- Sabun mandi - sabun mandi buku ini boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak dan mudah untuk dibawa.
7- Ubat gigi - sama seperti sabun mandi, boleh beli dengan kuantiti yang banyak.
8- Serbuk basuh baju - Serbuk basuh baju (atau cecair) ini bergantung kepada rumah kebajikan tersebut, ada yang menggunakan mesin basuh. Ada juga yang melatih anak-anak untuk basuh baju sendiri. Untuk yang basuh baju sendiri, boleh beli pek kecil (selalunya harga RM1 sepeket) dengan kuantiti yang banyak.
9- Ubatan asas - Ubat-ubat asas seperti panadol (paracetamol), ubat batuk, ubat kudis, plaster, ubat sakit perut, garam ORS (untuk cirit birit), ubat kuning (untuk luka) dan set first aid.
10- Pen dan pensel - Pen dan pensel ini boleh dibeli bundle. Alat tulis lain juga digalakkan. Memang jadi kebiasaan pen atau pensel hilang, maka  anak-anak rumah kebajikan akan minta di pejabat.

Ada lagi keperluan-keperluan lain yang boleh disumbangkan seperi pad wanita, pemotong kuku, Milo (atau air coklat malt yang lain), teh, kopi, gula, kicap, cili dan tomato sos, sardin, susu pekat tin, susu serbuk dan lain-lain. Sumbangan dalam bentuk wang juga digalakkan. Boleh terus salurkan ke akaun rumah anak yatim atau datang terus ke pejabat untuk bertemu dengan pengetua atau staf rumah kebajikan tersebut.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengerusi
Madrasah Hashimiah
www.hashimiah.blogspot.com

2 comments:

Pengurusan Rumah Anak Yatim & fakir juga kena faham kebanyakan yg menderma beras tu LILLAHITAALA niat menzakatkan harta mahupun perniagaan mereka tanpa perlu bermegah ataupun melalui pusat zakat yg hanya wujud ketika kutip zakat @ bulan puasa.

Tak salah rasanya jika beras setinggi bumbung tu dijual utk dijadikan dana membeli keperluan lain daripada memperdagangkan anak yatim menjual kismis di stesyen minyak.

Jangan bantutkan niat hartawan mahupun dermawan dgn segala syarat, pantang larang mahupun adab tatasusila

Bagi kami dlm setiap pendapatan itu ada hak org lain & cara terbaik disalurkan dlm bentuk beras sebagai zakat kami urusan kami dgn tuhan kami & terserah pada pentadbiran rumah anak yatim & fakir utk buat apa dgn beras tersebut

Alhamdulillah, beras juga boleh. Serta barang keperluan lain pun boleh.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...