About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, September 7, 2015

Kindness Malaysia ke Rumah Kasih Opah



Pada 6 September 2015 iaitu pada hari Ahad kami daripada kumpulan sukarelawan Kindness Malaysia telah mengadakan satu lawatan ke rumah anak-anak yatim di Klang. Seramai 6 orang sukarelawan telah meluangkan masa untuk menziarah rumah anak-anak yatim yang dijaga oleh seorang opah dan seorang cucunya. Anak-anak yatim seramai 22 orang terdiri dalam lingkungan umur dua hingga 19 tahung telah menghuni Rumah Kasih Opah ini. Majoriti yang menghuni rumah ini adalah anak yatim yang masih kecil yang memerlukan keperihatinan dan kasih sayang daripada orang yang lebih tua. 

Semasa kami di sana, kami ada membawa sedikit sumbangan seperti barangan keperluan dapur, buku mewarna dan makanan. Anak-anak sangat seronok kerana kami membawa ayam KFC dan buku mewarna. Mungkin sudah lama tidak dapat menikmati ayam KFC. Aktiviti mewarna sangat meriah dengan kegembiraan mereka. Pertama kali dihadiahkan buku dengan gambar-gambar yang boleh diwarna beserta pensel warna  diberi seorang satu, dan mereka sangat gembira. 

Sukarelawan sedang bersembang dengan opah mengenai rumah jagaan opah ini

Aktiviti mewarna, gembira mereka dapat buku mewarna dan pensel warna

Mereka sedang menikmati ayam KFC yang kami bawa.


Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah menyumbang untuk ziarah ke Rumah Kasih Opah ini. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban opah dalam menguruskan rumah kebajikan ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang boleh sampaikan sumbangan anda terus kepada Opah Hasnah, nombor telefon 017-2850576 ataupun boleh terus melawat Rumah Kasih Opah ini yang beralamat No.20, Jalan Dato’ Sidin, Taman Ros, Bukit Kuda Klang. InsyaAllah sumbangan anda dapat membantu opah yang sudah tua untuk menguruskan rumah ini.


Fatin Amira Nabila bt Tauran
Projek Koordinator
Kindness Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...