About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, October 19, 2015

Projek Orang Asli (Freemarket) di Hulu Kemensah



18 OKTOBER 2015 Ahad, Badan Pertubuhan bukan kerajaan Kindness Malaysia sekali lagi telah menziarah sebuah lagi kampung orang asli di Kemensah, Selangor. Seramai 50 orang sukarelawan yang terlibat untuk projek kali ini. Kampung Orang Asli Hulu Kemensah merupakan sebuah perkampungan orang asli suku temuan. Penduduk seramai 104 orang yang majoriti penduduk adalah terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Hampir kesemua penduduk kampung ini masih berpegang pada ajaran asli dan hanya 5 orang sahaja yang beragama Islam. Kedudukan kampung tersebut terletak di belakang kawasan Zoo Negara. Penduduk kampung sangat ramah  dan gembira sambut kami datang.

penduduk Orang Asli Hulu Kemenssah

Gerai baju terpakai sangat meriah
Antara aktiviti yang kami adakan di sana ialah, pertandingan mewarna kanak-kanak, mengedarkan barang-barang keperluan harian dan sumbangan baju terpakai. Aktiviti bermula dengan sarapan pagi yang dibawa secara potluck oleh para sukarelawan Kindness Malaysia. Kelainan untuk aktiviti sumbangan barang-barang keperluan, kami sampaikan barang-barang tersebut seperti mereka membeli di pasar. Mereka teringin untuk ke pasar, dan kami datangkan pasar untuk mereka. Kami di ibarat membuka gerai jualan dan mereka perlu membayar menggunakan “love currency “ untuk mengambil barangan tersebut. Setiap keluarga akan dapat enam keping duit “love currency” untuk mendapatkan enam jenis barang sumbangan seperti beras, telur, gula, sardin, mee segera dan sabun. Suasana seperti di pasar, sangat meriah.

Gerai telur, setiap rumah satu papan

Gerai gula dan mee segera

Gerai sabun dan jam Kindness

Pertandingan mewarna dijalankan sebaik sahaja selesai aktiviti menyampaikan barang sumbangan. Kanak-kanak sangat gembira dapat mewarna sambil dihiburkan dengan persembahan daripada para sukarelawan. Setelah selesai pertandingan mewarna, penduduk kampung berkumpul untuk mendengar ucapan daripada tok batin dan penyampaian hadiah pertandigan mewarna. Kanak-kanak sekali lagi gembira kerana semua dapat hadiah.

Pertandingan mewarna, seronok adik-adik

Cendermata untuk Tok batin
Setelah selesai semua aktiviti, para sukarelawan mengemas kembali kawasan yang telah digunakan dan membersihkan sampah sarap. Kami pulang dengan perasaan gembira dan bahagia, kerana dapat membahagiakan penduduk kampung pada harini, dan menyampaikan sumbangan yang diamanahkan oleh penderma yang baik hati diluar sana. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan dari segi wang ringgit mahupun barang keperluan. Saya berharap agar dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka sedikit sebanyak. Kepada para sukarelawan, diharap jangan serik untuk menyebarkan kebaikan dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Kindness Malaysia. Terima Kasih Semua. ^_^


Fatin Amira Nabila binti Tauran
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my


1 comments:

Hai saya student dari kolej mutiara ingin meminta tolong tuan/puan saya ingin meminta nombor telefon tok batin disana dan macan mana hendak kesana dan perlu ke buat surat untuk ke sana

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...