About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, April 28, 2016

Projek Parking Satu Cara Kreatif Lakukan Kebaikan


Ambil hari cuti untuk lakukan kebaikan. Sekumpulan sukarelawan Kindness Malaysia melaksanakan Projek Parking di beberapa lokasi di Lembah Klang. Konsep Projek Parking ini agak mudah. Berbekalkan duit syiling sahaja, mereka mencari kereta yang sudah tamat tempoh tiket parkir dan terus diletakkan tiket baru yang membolehkan kereta itu diletakkan lagi satu jam.

Label yang sedia digunakan

Dengan hanya kos 60 sen untuk sejam, banyak kereta dapat diselamatkan daripada terkena saman. Menurut Pengarah Projek Parking, Puan Norharirdayu Hashim, "Projek Parking ini sangat mudah, dan apa yang paling bermakna ialah apabila tuan kereta tersebut datang berlari kearah kereta dan mendapati tiket parkirnya sudah diperbaharui.

Sukarelawan akan meletakkan kertas label yang mengatakan, "Kami tidak mahu anda disaman, oleh itu kami tambahkan lagi sejam untuk parking anda". "Saat pemandu itu membaca label kertas inilah adalah satu perasaan yang sukar digambarkan. Pemandu pastu akan berasa lega tidak disaman, yang melakukan kebaikan itu pula akan rasa gembira seharian kerana dapat lakukan kebaikan," ujar Puan Norharirdayu.

bersama sukarelawan yang terlibat

Kereta yang tamat tempoh parking diperbaharui dengan tiket yang baharu

Tiket baharu diletakkan bersama label Kindness Malaysia

Projek Parking ini adalah antara inisiatif kreatif  Kindness Malaysia untuk lakukan kebaikan tanpa memerlukan kos yang besar tetapi memberi impak dan kesan kepada penerima. Melakukan kebaikan ini tidak sahaja kepada golongan yang memerlukan, tetapi juga kepada orang sekeliling kita seperti keluarga dan juga rakan-rakan.

Kepada yang berminat untuk mendapat ilham atau sertai Kindness Malaysia, boleh layari laman fanpage di www.facebook.com/kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia




Wednesday, April 6, 2016

Futsal Piala Kindness 2016 Berlangsung Dengan Jayanya!


3 April 2016, Setapak - Empat bulan persediaan yang dilakukan oleh para sukarelawan Kindness Malaysia dengan sokongan Chelsea Soljabiru bagi merialisasikan Futsal Piala Kindness 2016 telah melibatkan lebih 500 anak-anak yatim, miskin dan komuniti pelarian seperti Rohingya, Somalia, Afghanistan, Syria dan Myanmar Muslim yang datang seluruh negeri Tanah Air. Acara dua tahun sekali ini merupakan acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh kebanyakan rumah kebajikan. Kejohanan futsal ini bertujuan untuk mencungkil bakat adik-adik ini disamping memberi peluang kepada mereka untuk menjalani hidup yang lebih sihat.

Tahun ini, 24 pasukan lelaki dan 13 pasukan perempuan berentap bagi merebut Piala Kindness dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2000 untuk johan, naib johan pula membawa pulang RM1500 dan tempat ketiga menerima RM1000. Pemain terbaik kedua-dua kategori pula membawa pulang RM300 serta  piala dan hadiah permainan Lego.

Senarai pemenang:

Kategori Lelaki
Johan: Somali FC (Pelarian Somalia)
Naib Johan: Siddhartan FC (Rumah Kebajikan dari Petaling Jaya)
Tempat Ketiga: ASDAF FC (Asrama Darul Falah, menempatkan anak-anak Orang Asli)
Tempat Keempat: MSRI FC (Pusat Komuniti Pelarian Afghanistan, Syria dan Palestine)

Pemain Terbaik: Abdul Kadir dari Somali FC

Kategori Perempuan
Johan: PKTM FC (Pertubuhan Kebajikan Taman Melati)
Naib Johan: ASDAF B FC
Tempat Ketiga: Chow Kit FC (Anak-anak Chow Kit)
Tempat Keempat: RKH FC (Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh)

Pemain Terbaik: Sharifah Nabila dari PKTM FC

Pocari Sweat sebagai penaja minuman rasmi

Amitie Booth yang telah menaja photobooth percuma

perlawanan PS4 juga berlangsung serentak
Kapten Buehbossa menghiburkan anak-anak dari rumah kebajikan

Watak dari Star Wars juga hadir memeriahkan Futsal Piala Kindness 2016

Hadiah cabutan bertuah dari Leggodt dan LBK

Futsal Piala Kindness tahun ini menerima pelbagai jenis tajaan dari syarikat korporat. Antaranya seperti berikut:

Kenderaan Rasmi: Haval (Go Auto)
Minuman Rasmi: Pocari Sweat
Farmasutikal Rasmi: CCM
Penerbitan Rasmi: Telaga Biru
Dobi Rasmi: Laundry On The Go
Photobooth Rasmi: Amitie
Fotografer Rasmi: Asiana.my
Videografer Rasmi: Creative Pixel

antara sukarelawan yang terlibat

perlawanan yang mendebar jiwa

anak-anak yatim menunjukkan bakat

perlawanan akhir antara Somali FC dengan Siddhartan FC yag berakhir dengan keputusan 4-2 kepada Somali FC
Antara syarikat yang turut serta menjadi penaja seperti MYEG Services Berhad (Komuniti MYEG), MRTCorp, Sports Direct, Lucozade dan iM4U serta lebih 50 syarikat dan jenama yang lain. Jumlah tajaan menjangkau lebih RM100,000 termasuk dalam bentuk barangan dan makanan.

Senarai rumah kebajikan yang terlibat:

1. Yayasan Ijabah
2. Rumah Arrayan, Seremban
3. Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang
4. Peace Building Community Center, Pulau Pinang
5. Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Keramat
6. Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan
7. Rumah Kebajikan At-Taqwa, Puchong
8. Baitul Kasih
9. Baitul Rahmah Learning Centre, Sungai Petani
10. Madrasah Hashimiah Tahfiz Al Quran dan Anak Yatim
11. Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman 
12. Kelas Kaseh
13. Rumah Perlindungan Teratak Nur Insan  
14. Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh
15. Rumah Kasih Nurul Hasanah
16. Pusat Jagaan Siddhartan
17. Somali Community Center
18. Yayasan Chow Kit
19. Madrasah Rahmaniyah  
20. Maahad Al-Islahiyah Al-Ismaliyah Wa Attahfizul
21. Malaysian Social Research Institite (MSRI)
22. Baitul Ehsan, Batu Caves
23. Rohingya Community School, Malaysian Relief Agency (MRA)
24. Baitul Nurrawdhah, Puchong  
25. Pertubuhan Pengajian Islam PPIN  
26. Rumah Nur Qaseh   
27. Pertubuan Kebajikan Taman Melati

Lebih 250 orang sukarelawan terlibat, sebahagian daripada mereka merupakan sukarelawan Kindness Malaysia, Chelsea Soljabiru, Preloved4Charity, Humanity Heroes, Projek Ihsan, Kelas Kaseh, Gooner Community Malaysia, Volunteer Physioterapist dan Humanity.  Setiap sukarelawan diberi tugas masing-masing dari pencarian dana, kebajikan,  makanan serta logistik.

Perasmian bersama Kindness Malaysia dan rakan-rakan NGO

Pihak Kindness Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang dah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Futsal Piala Kindness 2016. Semoga kita bertemu lagi dua tahun akan datang di Futsal Piala Kindness 2018!

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...