About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, November 8, 2017

Fundraising Tips and Tricks Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM



Alhamdulillah, Kindness Malaysia dijemput untuk memberi perkongsian ilmu bersama mahasiswa-mahasiswi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Lendu serta pimpinan kelab dan persatuan di kampus berkenaan. Lebih 70 orang pelajar terlibat dalam bengkel setengah hari. Turut hadir wakil dari NGO Projek Ihsan yang turut bersama-sama mempelajari ilmu mencari dana ini.

Cabaran yang biasa dihadapi oleh pelajar-pelajar universiti ialah berkenaan dengan dana. Mereka mempunyai idea aktiviti yang menarik tetapi bila tiba hal dana ini membuatkan perancangan mereka sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya. Masalah ini bukan sahaja menimpa pelajar-pelajar kolej atau universiti, tetapi juga NGO, rumah-rumah anak yatim dan juga madrasah. Dana biasanya menjadi salah satu cabaran yang serius untuk memastikan perancangan yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Selesai bengkel Fundraising Tips and Tricks

Bengkel setengah hari ini berkongsi cara Kindness Malaysia mendapatkan dana. Kaedah yang digunakan ada beberapa cara bergantung kepada jumlah dana yang diperlukan, sasaran penerima, jenis penderma dan objektif pengumpulan dana itu sendiri. Pelajar universiti sudah pasti biasa menggunakan kertas kerja dan surat untuk dapatkan dana, tetapi menggunakan cara biasa ini sudah pasti tidak dapat membezakan kertas kerja mereka dengan kertas kerja dari pelajar universiti yang lain. Sudah pasti pihak dermawan tidak kira individu mahu pun korporat kerap menerima berpuluh-puluh malah ratusan surat mohon derma dari pelajar universiti, NGO mahupun badan-badan kebajikan. Penggunaan strategi lautan biru (Blue Ocean Strategy) digunakan di sini agar persaingan antara kumpulan lain yang memohon dana dapat diminimakan terus.

Pihak Kindness Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak UiTM Lendu kerana mengambil inisiatif ini untuk berkongsi ilmu pengetahuan dengan para pelajar mereka. Bagi yang berminat untuk sebarang bengkel atau latihan dari pihak Kindness Malaysia, boleh email terus ke support@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

1 comments:

Halo,
Nama saya Dewi Yudianto, korban penipuan di tangan pemberi pinjaman palsu. Saya ditipu paling banyak Rp74.000.000 karena saya butuh modal besar Rp500.000.000 untuk menyelamatkan bisnis saya. Saya hampir meninggal dan saya tidak punya tempat untuk pergi, bisnis saya hancur dalam proses saya kehilangan anak saya. Aku tidak tahan ini terjadi lagi. Pada bulan November 2017, saya bertemu dengan seorang teman yang mengenalkan saya pada seorang Wanita yang baik; Nyonya Susan yang pada akhirnya membantu saya mendapatkan pinjaman di perusahaan. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih Nyonya Susan, Semoga Tuhan terus memberkati Anda. Saya juga suka menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia, bahwa ada banyak penipuan di luar sana, jika Anda memerlukan pinjaman dan pinjaman dengan aman hanya mendaftar melalui Mrs Susan melalui
EMAIL: info@myglobalfinancefund.com
SITUS WEB: www.eglobalfinance.com
Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; dewiyudianto51@gmail.com jika Anda ragu. tolong dia satu-satunya orang yang andal dan terpercaya.
Terima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...