About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, March 16, 2018

Dua Minggu Sahaja Lagi Sebelum Futsal Piala Kindness 2018


Debaran kian terasa dan kebanyakan pasukan futsal dari rumah kebajikan sudah mula berlatih hampir setiap hari bagi merebut kejuaraan Futsal Piala Kindness 2018. Kejohanan yang pernah mendapat A nugerah Kebangsaan FAM bagi kategori komuniti ini bakal menyediakan hadiah untuk johan berupa wang tunai sebanyak RM2,000 beserta dengan piala pusingan, medal, hamper dan hadiah. Tempat kedua pula akan memperoleh RM1,500 beserta medal, hamper dan hadiah manakala tempat ketiga pula akan memperoleh RM1,000 beserta medal, hamper dan hadiah. Tempat keempat pula medal, hamper dan hadiah. Butiran Futsal Piala Kindness 2018 adalah seperti berikut:

Poster teaser

Lokasi: KSL Futsal Centre, Setapak, Kuala Lumpur
Tarikh: 1 April 2018
Masa: 8 pagi hingga 6 petang.
Butiran: 40 pasukan dari rumah kebajikan, komuniti pelarian, miskin bandar dan asnaf dari pelbagai latar belakang seluruh Malaysia akan berentap untuk merebut Futsal Piala Kindness 2018. Anggaran hampir 300 orang sukarelawan yang akan terlibat bersama 700 orang orang dari golongan kanak-kanak dan remaja asnaf.

Setiap pasukan futsal diuruskan oleh sukarelawan Kindness Malaysia serta rakan-rakan NGO seperti Humanity, Empire Project, The Patriots, Pandan Prihatin, Gerakan Sukarelawan Malaysia, Caring Hearts, Braille Volunteer Services, Preloved4Charity, Kelab Penyokong Chelsea Soljabiru, iGunners, The Gagak, Institut Profesional Baitulmal, Projek Ihsan dan Kelas Kaseh. 

Pasukan futsal kali ini datang dari rumah-rumah kebajikan lama dan baru serta dari komuniti pelarian dan miskin bandar. Sehingga ke hari ini jumlah pasukan yang sudah berdaftar ialah 27 pasukan lelaki dan 10 pasukan perempuan. Berikut adalah senarai pasukan.

Pasukan Lelaki. 
1. Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan - Manchester ASDAF
2. Madrasah Hashimiah, Selayang - Hashimiah FC
3. Rumah Anak Yatim Ash Shakur (Pekeas), Rawang - PEKEAS Boys FC
4. Rumah Arrayan, Seremban - Mighty Ar Rayyan
5. Tahfiz Ikhwan, Keramat - Al Ikhwan FC
6. Maahad Sains Al Quran Al Amin - Al - Ijabah FT
7. Maahad Al Islahiyah Al Islamiyah, Klang - Al Islahiyah FC
8. Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras - RKH
9. Somali Refugee Community - Humanity Heroes
10. Madrasah Rahmaniah - Rahmaniah FC
11. Rumah Nur Iman, Rompin - Nur Iman Rompin FC
12. Kelas Kaseh ( KOA Sg Buah)
13.Al Iman Wal Mahani, Shah Alam - Al Iman Wal Mahani Team
14. Anbu Illam - Caring Hearts, Ampang - Anbu Illam
15. Rumah Jagaan Alia, Kedah - Rumah Jagaan Alia FC
16. Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit - SBJK FC
17. Afghan Learning Centre, Ampang - Afghan FC
18. Al Islahiyah Taman Utama Jaya, Banting - Al- Islahiyah FT
19. Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al Barakh, Keramat - Asnaf Boleh
20. Rumah Nuri, Setapak - Nuri FC
21. Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Melawati - Nur Qaseh Boyz
22. Rumah Titian Kasih Al Inayah, Selangor - Al -Inayah FC
23. Pusat Jagaan As Samad, Melawati - PJAS Maniac FC
24. Pertubuhan Kebajikan Projek Ihsan, Shah Alam - Ihsan United FT
25. Pusat Jagaan Siddarthan, Petaling Jaya - Siddharthan FC
26. Penang Peace Learning Centre, Penang - Penang Peace Learning Centre & Kindness Penang
27. Somali Community School, Gombak - Somali FC
28. Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam, Kuala Ketil, Kedah - Darul Aitam FC

Pasukan Perempuan. 
1. Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan, ASDAF United
2. Rumah Anak Yatim Ash Shakur (Pekeas), Rawang - PEKEAS Girls FC
3. Rumah Asnaf Al-Barakh, Keramat - Asnaf Junior
4. Rumah Kasih Harmoni – RKH
5. Afghan Learning Centre - Somali Girls Team
6. Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Melawati - Nur Qaseh Girls
7. Rumah Nuri, Setapak - Nuri FC Girlz
8. Pusat Jagaan As Samad, Melawati - Pjaslicious FC
9. Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan ( team 2 ) - ASDAF City
10. Somali Refugee Community - Humanity Heroes

tajaan makanan sehingga ke tarikh hari ini
Cadangan Aturcara Majlis

Futsal Piala Kindness 2018
Tarikh: 1 April 2018
Lokasi: KSL Futsal Centre, Setapak, Kuala Lumpur
0100 - Set up lokasi
0800 - Pendaftaran dan sarapan
0900 - Senaman zumba
0930 - Perasmian
0945 - Taklimat pertandingan
1000 - Perlawanan bermula
1200 - Makan tengahari
1530 - Perlawanan separuh akhir
1545 - Perlawanan persahabatan Kindness All Star vs LBK
1600 - Perlawanan akhir
1630 - Pelancaran app Kindness Malaysia
1645 - Ucapan dari President World Kindness Movement
1700 - Ucapan penaja
1715 - Penyampaian hadiah dan sesi bergambar
1730 - Sesi media
1800 - Bersurai

Setiap pasukan futsal akan menerima tajaan jersi dan kasut futsal yang diuruskan sendiri oleh pengurus masing-masing. Futsal Piala Kindness 2018 ini juga menarik perhatian syarikat korporat untuk menjadi rakan penaja. Sehingga ke hari ini penaja yang sudah ada seperti Lucozade, Yakult, Mercedes Malaysia, Volkswagen Malaysia, Gardenia, MRT Corp, QSR Brands (Pizza Hut, KFC dan Ayamas), Milo Nestle, Qualitas Health, Fateema Couture, De Lampu Kreatif, Heart and Sparks, NPNG Futsal Centre, Restoran Ali Maju, Big Bear DJ, Siso The Clown, SA Advance Solution, Nasi Lemak Maksu, D-Caze, Asiana.my, Ireena Design, Matasura Services, Tapir Design, Empire of Port Klang, Gerakan Evolusi Manchester United Kelang (GEMUK), Voguenista dan Hebak Boh Serum.

antara jenama yang turut serta dengan Futsal Piala Kindness 2018
Peluang untuk menjadi rakan penaja masih dibuka. Tajaan seperti makanan, goodie bags, cenderamata, kenderaan dan tajaan hadiah wang amat dialu-alukan. Setiap logo rakan penaja akan dicetak pada backdrop pentas pada hari Futsal Piala Kindness 2018 nanti bersama penaja-penaja yang sudah mengesahkan penyertaan. Bagi yang berminat untuk menaja, boleh terus email ke support@kindness.my atau hubungi saya di 0183800961.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengarah Projek Futsal Piala Kindness 2018
Pengasas Kindness Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...