About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, February 6, 2019

Projek Minyak Hitam Galakkan Orang Ramai Subuh di Masjid


Masyarakat yang kuat dilihat dari berapa ramai yang mampu berjemaah Subuh di masjid. Kindness Malaysia dengan kerjasama Masjid Amru Al As mengambil inisiatif untuk menggalakkan orang ramai solat Subuh berjemaah di masjid.

Jika kita lihat warga emas yang memenuhi ruang masjid, harapannya selepas ini lebih ramai anak muda yang berduyun-duyun tunaikan solat di masjid.

Semoga harapan ini menjadi suatu realiti kelak. Bagi yang berminat untuk menaja minyak hitam dan juga makan minum waktu aktiviti ini dijalankan, boleh hubungi saya terus di 018 380 0961.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Wednesday, January 16, 2019

Kempen Jubah For Ramadan oleh Kindness Malaysia


Sebuah lagi kempen terbaru dari Kindness Malaysia dan kali ini adalah untuk mendapatkan jubah untuk tiga buah rumah kebajikan, Madrasah Hashimiah, Pusat Jagaan As Samad dan Rumah Perlindungan Al Haq.

Kempen ini mensasarkan 500 pasang jubah dan setiap penghuni rumah kebajikan ini akan menerima dua pasang jubah. Kempen ini bertujuan untuk mendapatkan jubah bagi anak-anak yatim dan miskin ini dan dapat digunakan pada bulan Ramadan kelak.

Harga jubah juga istimewa. Pembekal bersetuju memberi pada harga diskaun, RM30 untuk setiap pasang jubah lelaki atau perempuan. Bagi lelaki jubah putih akan diberikan dan bagi perempuan pula jubah hitam. Harga biasa jubah ini antara RM70 ke RM100.

Bagi yang berminat untuk menaja jubah bagi anak-anak asnaf ini termasuk guru-guru mereka, boleh lakukan ke

Maybank 514057664892
atau
CIMB 8008210971

Remarks: j4r

Email: matt@kindness.my

Semoga usaha kecil kita ini menjadi saham yang berterusan untuk semua. InsyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...