Malay-English

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Biodata

Nama sebenar Muhammad bin Kamarulazizi. Dilahirkan di Indiana, Amerika Syarikat. Mendapat pendidikan awal di sekolah Almondbank, Scotland, UK (1987-1989), dan meneruskan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Minden Height, Pulau Pinang (1989-1994). Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Keb Agama Al-Mashoor (L)(1995-1999). Melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Kejuruteraan Pembuatan. Mula berkhidmat dalam bidang industri pembuatan plastik sebagai jurutera qualiti di sebuah kilang di Penang. Kini berpindah profesion sebagai Pengurus Pembangunan Program di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, juga merupakan moderator untuk Forum Riders Malaya Community. Terlibat juga dalam aktiviti kebajikan dan pembangunan ummah bersama Muslim Aid dan teman-teman seperjuangan. Antara isu yang sedang dikaji selidik ialah keberkesanan institusi rumah kebajikan di Malaysia, Status Pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim di Malaysia serta hubung kait dengan kegiatan mengemis, dan taraf hidup rakyat termiskin di Malaysia dan warga ibu tunggal. Bersama Muslim Aid, pernah bekerjasama dengan badan-badan NGO lain seperti UNHCR,  MRA dan badan kerajaan seperti JKM dan Baitulmal. Bercita-cita untuk mengurus sebuah yayasan sendiri di masa hadapan, insyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...