Malay-English

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Resolusi 2011 / 1432

Resolusi ini ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan dan pembaca blog. Resolusi ini telah saya mula sejak tahun lepas (2010/1431) untuk menambahbaikkan diri saya agar saya dapat jadi insan yang lebih baik, dan seterusnya membawa kebaikan kepada orang lain. Resolusi yang saya semai ini akan saya cuba laksanakan semata-mata kerana Allah Taala. Rakan-rakan dan pembaca blog boleh usahakan resolusi masing-masing mengikut keupayaan sendiri. Resolusi yang dilaksanakan haruslah berpandukan konsep SMART.

Specific (jelas akan sesuatu yang ingin dilakukan)
Measureable (boleh diukur dan bukan secara umum)
Attainable (boleh dilaksanakan)
Realistic (berpijak pada bumi yang nyata)
Timely (boleh dilakukan secara istiqomah)

Resolusi 2011/1432

Cuba mengikut sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- mengamalkan pengambilan madu sekurang-kurangnya 1 sudu setiap hari

dari surah anNahl ayat 69
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Ikhtiar
Madu Asli yang dibeli sekarang ialah madu yang biasa didapati di pasaraya yang harga sebotol antara RM9 hingga RM15. Perbelanjaan untuk membeli madu ini hanya 1 botol setiap bulan.

2 - mengamalkan pengambilan habatusaudah sekurang-kurangnya sekali sehari

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Ikhtiar

Habatus sauda yang dibeli adalah dalam bentuk gel keluaran As sauda gel. Kos sebulan RM18 untuk 30 biji habatussauda gel.

Resolusi 2010/1431
Cuba mengikut sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh.

1- Setiap kali solat, seluar dilipat atas buku lali
“Dari Abu Hurariah radiallahu ‘anhu berkata: Diketika seorang lelaki solat dalam keadaan labuh (mencecah bumi/isbal) kainnya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Pergilah berwuduk, kemudian (setelah berwuduk) dia datang semula. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Pergilah berwuduk. Maka berkata seorang lelaki lain kepada Rasulullah: Wahai Rasululla! Engkau menyuruhnya berwuduk kemudian engkau diam (tidak menerangkan sebabnya). Maka Baginda bersabda: Sesungguhnya dia bersolat dengan keadaan iabal (kainnya labuh menutupi mata kaki/mencecah tanah), sesungguhnya Allah tidak menerima solat lelaki yang isbal (melabuhkan) pakaiannya”. (Dikeluarkan oleh Abu Daud 1/419-420 No. 638.)

Ikhtiar
Melipatkan seluar supaya atas buku lali bagi mengelakkan isbal (pakaian/seluar labuh) setiap kali waktu solat

2- Sekurang-kurangnya membaca yasin setiap minggu.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hatinya dan hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesiapa yang membaca surah Yasin, Allah menulis baginya dengan membacanya seperti membaca al-Quran 10 kali." (riwayat As-Darimi dan at-Tirmizi).

Ikhtiar
Download software al-Quran di dalam handphone, dan surah yasin ini boleh dibaca bila2 masa terluang.


Setiap resolusi yang dilakukan ini nampak mudah, tetapi perlukan kesabaran yang iltizam untuk istiqomah agar dapat dilakukan secara berterusan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...