Malay-English

Ya Allah kami mohon kecukupan agar kami tidak lagi terpaksa meminta jasa orang lain. Ya Allah berikanlah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu. Ya Allah, perkenankanlah...

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Setiap sumbangan kepada Muslim Aid diberi Resit Pengecualian Cukai

Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Taufan Nargis di Myanmar

Bersama pasukan NGO antarabangsa sebelum ke lokasi mangsa di Labutta, Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan Muslim Aid ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Program Qurban For Life 2011 /1432H

Program Qurban anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, January 16, 2012

Majlis Perkahwinan Pelarian Myanmar Muslim di Malaysia


Baru-baru ini saya dijemput untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan Myanmar Muslim di Selayang. Majlis perkahwinan yang dilangsungkan agak 'simple' dan dihadiri lebih kurang 200 orang tetamu. Kebanyakan pelarian Myanmar Muslim di Malaysia ini bermazhab Hanafi dan tertib perkahwinan mereka sedikit berbeza dengan yang biasa kita lihat.

bersama pasangan mempelai


persetujuan dari pihak mempelai perempuan

sijil perkahwinan

warga penghuni Madrasah yang memeriahkan majlis perkahwinan tersebut

Majlis perkahwinan dilaksanakan di Madrasah Hashimiah dan Ustaz Hashim selaku pengetua madrasah telah menjadi Kadi bagi pasangan mempelai tersebut. Sijil perkahwinan juga dikeluarkan oleh madrasah. Perkahwinan Myanmar Muslim ini tidak memerlukan sebarang hantaran dan mas kahwinnya pula dalam bentuk rantai atau gelang emas. Hampir semua pelarian Myanmar Muslim ini berpendapatan rendah kerana seperti yang diketahui, di Malaysia mereka tidak dibenarkan untuk bekerja dan anak-anak mereka tidak mendapat akses pendidikan di sekolah. Hasil sumbangan dari komuniti mereka, kenduri secara kecil-kecilan dapat diadakan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, January 15, 2012

Kelas Membuat Sos Bersama Rumah Titian Kaseh


Lokasi: Rumah Titian Kaseh, Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh: 14 Januari 2012
Program: Kelas Membuat Sos

Alhamdulillah program pertama bagi tahun 2012 merupakan kelas membuat sos cili dan sos tomato bagi warga ibu-ibu tunggal di Rumah Titian Kaseh, RTK. Lebih 20 orang peserta ibu tunggal mempelajari teknik membuat sos cili dan sos tomato komersial. Chef Azry dari Bom Kitchen yang juga sukarelawan Muslim Aid berkongsi pengetahuannya tentang industri makanan bersama ibu-ibu di RTK.

Program sehari ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada Rumah Titian Kaseh untuk menjana pendapatan sendiri bagi menampung perbelanjaan harian mereka. Rumah perlindungan yang diterajui oleh Makpah ini menempatkan bukan sahaja ibu tunggal, malah anak-anak yatim, warga emas dan juga OKU.

sesi teori dan bahan-bahan yang bakal digunakan

para ibu memasak sos sebelum dibotolkan

botol kitar semula yang telah disiapkan labelnya

para ibu tekun mendengar penjelasan chef Azry

sos yang siap dituang dalam botol

para ibu bersama produk sos mereka

Kelas-kelas industri makanan selain daripada sos seperti membuat kaya, mi kuning, ais krim dan sebagainya akan diperluaskan lagi kepada mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kelas industri makanan ini, boleh hubungi chef Azry di 019-2359394, atau pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, January 13, 2012

Kelas Preschool untuk Warga Komuniti Pelarian Somalia


Alhamdulillah, hujung tahun 2011, team Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) bersama pelajar-pelajar Kejuruteraan Kimia, UITM Shah Alam telah bersama menghias sebuah bilik di sekolah komuniti Somalia untuk dijadikan bilik preschool. Puan Miradatul Najwa yang merupakan pensyarah dari UITM ini telah mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan bersama pelajar-pelajarnya.

Program yang telah dirancang selama sebulan telah melibatkan aktiviti mendapatkan dana serta peralatan bagi menyediakan preschool untuk anak-anak pelarian Somalia di Gombak. Persiapan rapi telah dirancang bersama dengan Muslim Aid bagi memastikan semua peralatan mencukupi.

bilik preschool yang telah siap


anak-anak pelarian Somalia yang gembira bersama bilik preschool yang baru

Sekolah pelarian Somalia ini menempatkan lebih kurang 40 orang pelajar dan 8 daripada mereka merupakan kanak-kanak berumur antara 4 hingga 7 tahun. Disebabkan meja dan kerusi yang sedia ada tidak sesuai bagi kanak-kanak ini, maka sebuah bilik preschool diperlukan bagi memudahkan pembelajaran mereka.

pelajar-pelajar memasang perabut

mengecat bilik preschool



pelajar-pelajar bersama anak-anak Somalia

Pejabat Muslim Aid mengucapkan tahniah kepada fakulti Kejuruteraan Kimia UITM Shah Alam kerana telah bersama dalam menghias kelas preschool ini dan berharap lebih banyak program dapat dilakukan bersama lagi, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, December 19, 2011

Bantuan Persekolahan Buat Anak-anak Yatim dan Miskin


Tarikh: 17 Disember 2011 Lokasi: Pusat Islam, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, bantuan persekolahan untuk anak-anak yatim dan miskin selesai dilaksanakan dimana penghuni Rumah Aman Shah Alam, Rumah Badan Amal Siti Khadijah dan kanak-kanak dari Rumah Pangsa Jalan Loke Yew telah menerima sumbangan dalam bentuk pakaian dan peralatan sekolah.

penerima bantuan

yang telah diraikan

Pejabat Muslim Aid mengucapkan jutaan teruma kasih kepada para dermawan yang sentiasa bermurah hati menyalur sumbangan melalui tabung pendidikan kanak-kanak Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Pengumpuluan dana akan terus giat dijalankan agar lebih ramai kanak-kanak dapat dibantu. Kepada yang berminat untuk menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sungai Jordan - Tasek Galelei - Tel Aviv


Dalam perjalanan ke Tel Aviv, kami singgah ke Sungai Jordan. Di sini ramai orang kristian dari seluruh negara datang untuk di baptis dengan mandi di Sungai Jordan tersebut. Proses baptis ini dipercayai dapat menyucikan dosa orang kristian.

Sungai Jordan yang mengalir di Israel

ayat dalam kitab Bible (Injil) yang diterjemah dalam pelbagai bahasa

Kemudian perjalanan diteruskan ke Tasek Galelei. Tasek atau dikenali juga sebagai Laut Galelei ini merupakan sumber air yang utama bagi masyarakat Yahudi dan juga Palestine. Pelbagai sejarah dapat dikaji di Tasik Galelei, dan kaum Kristian mempercayai pelbagai peristiwa melibatkan Jesus (Nabi Isa AS) berlaku di Tasek Galelei.

di Tasek Galelei

boat di Tasek Galelei

Sebelum tiba di Tel Avivn kami dibawa ke Caprice, iaitu tempat dimana berlian dibentuk menjadi barang kemas. Lebih 50% daripada berlian di dunia diproses di Israel. Dan pemprosesan berlian ini antara punca pendapatan utama bagi Israel dengan pendapatan selitar USD 8 billion dan sumber utama berlian adalah dari Afrika Selatan.

di hadapan pintu masuk Caprice

salah sebuah masjid di Tel Aviv

di bandar Tel Aviv
Bandar Tel Aviv

Kami tiba di Tel Aviv sekitar jam 8 malam. Tel Aviv ini merupakan ibu negara Israel dimana bisnes dan hiburan tertumpu di Tel Aviv. Bandarayanya yang besar ini menempatkan lebih 2 juta orang penduduk dengan majoritinya terdiri daripada yahudi dan sebahagian kecil Muslim dan kristian Palestine. Masih terdapat 3 buah masjid di Tel Aviv yang masih diimarahkan oleh penduduk Islam Palestine di Tel Aviv.

Muhammad bin Kamarulazizi


Wednesday, November 30, 2011

Hari Pertama di Palestine

tibanya di Palestine, negara jajahan Israel


22 Nov 2011 - Melalui Allenby Bridge, kami tiba di sempadan Palestine yang dikuasai oleh regim Israel. Alhamdulillah imigresen berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit hiccups, dimana 2 org telah ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Dua orang yang ditahan ini berkemungkinan merupakan prosedur biasa dan diajukan soalan-soalan yang adalakalanya mempunyai unsur provokasi. Alhamdulillah, dua orang mengikuti jemaah kami ini tenang menjawab semua soalan dan dilepaskan. Seluruh proses mendapatkan visa dan selesai dalam tempoh sejam.

Sebelum ini saya mendapat tahu proses untuk melepasi imigresen Israel akan mengambil masa lebih 4 jam. Lebih2 lagi bagi pengunjung yang berumur antara 20 hingga 40 tahun yang dianggap 'threat' bagi kerajaan zionis ini. Apa yang dapat saya lihat, wajah-wajah tentera Zionis ini sebenarnya takut dengan orang-orang Islam. Sepanjang masa mereka akan berkepit dengan M16 sebagai pelindung mereka. Ini yang dapat dikatakan sebagai takut pada bayang sendiri.

Lokasi imigresen ini di tengah2 gurun dan apa yang menghairankan ialah imigresen ini dipenuhi dengan lalat. Sebagaimana Allah menunjuk hinanya Firaun dengan lalat, mungkin begitu juga Allah tunjukkan Zionis laknatullah ini juga hina dengan jumlah lalat yang luar biasa di imigresen mereka. Golongan Yahudi yang datang tinggal di Israel ini asalnya dari merata tempat. Bagi yang berkulit hitam seperti dari Etophia, mereka merupakan Yahudi kasta rendah dan bekerja bahagian kontrak dan berpendapatan rendah. Berbeza dengan Yahudi yang berkulit putih memegang jawatan-jawatan yang berpendapatan tinggi (sumber dari salah seorang sukarelawan yang pernah bertugas di Palestine).

di makam Nabi Musa

Selesai imigresen, kami terus bergerak ke makam nabi Musa. Di sini kami solat jamak Zohor dan Asar sebelum meneruskan perjalanan ke Jericho, sebuah bandar yang dikuasai oleh polis Palestine. Keadaan sebelum tiba Jericho ini gersang, panas dan tidak mempunyai pokok. Jericho ini merupakan antara bandar yang paling rendah di dunia, dan dikatakan dahulunya sebuah oasis. Kami makan tengahari di sini sebelum bertolak ke Nazareth, atau dalam Bahasa Arabnya, Nazirah.

kawasan gersang di Jericho

kawasan pertanian yang diusahakan oleh Yahudi, Israel


kurma keluaran Israel yang bersaiz besar dan rasanya juga amat sedap

kenderaan dengan nombor plate berwarna kuning kepunyaan masyarakat Yahudi sahaja

nombor plate berwarna putih kepunyaan masyarakat Palestine

Dari Jericho kami terus ke Nazareth, sebuah bandar dibawah jajahan Israel. Di sini tanah kelihatan amat subur dengan pelbagai tanaman yang tumbuh dengan sihat. Golongan Yahudi ini mempunyai kepakaran dalam industri pertanian dan pelbagai cara dilakukan untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan dengan subuh. Warga Palestine dari Jericho tidak dibenarkan untuk memasuki Nazareth kecuali dengan mendapatkan pas dari pihak berkuasa Israel. Bagi membezakan kenderaan Israel dan Palestine, warna papan nombor plate bagi penduduk Israel ialah kuning dan warga Palestine berwarna putih.

Keesokan harinya perjalanan diteruskan ke Hebron.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, November 17, 2011

Sesi Bowling untuk Anak ASDAF yang Cemerlang


Sehari sebelum ke Palestine, saya berkesempatan untuk membawa anak-anak ASDAF yang cemerlang untuk bermain bowling di Midvalley. Lima orang anak ASDAF yang cemerlang dari segi akademik dan shahsiah di asrama dipilih untuk trip kali ini. Program ini ditaja setiap bulan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), dibawah tabung orphan aid bagi menggalakkan anak-anak ASDAF untuk terus berusaha belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga solat lima waktu dan berdisiplin di asrama.

sukarelawan bersama anak-anak ASDAF


masing-masing dengan satu frame

makan tengahari

Trip bermain bowling ini turut serta dimeriahkan dengan sukarelawan Muslim Aid yang telah menaja makan tengahari untuk semua. InsyaAllah program ini akan diteruskan bagi sesi tahun hadapan 2012 di ASDAF dan sekolah-sekolah komuniti lain seperti Madrasah Hashimiah dan Sekolah Komuniti Pelarian Somalia. Pada yang ingin menyumbang bagi tabung anak yatim atau tabung pelarian Muslim Aid, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996, atau bank in terus ke akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 dan emailkan nama, alamat dan nombor telefon beserta masa dan transaksi bank ke mail@muslimaid.org.my. Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...